 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Narr BridaL @ Andaman NarR
 By: Andaman Narr Andaman Narr
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Wednesday, 31-Dec-2008 08:17 |
Email | Share | Bookmark |
|
Nota Ringkas untuk anda..
|
|
| Quote: |
NOTA RINGKAS
Pengunjung laman fotopages Andaman Narr yang dihormati,
Saya menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi laman fotopages saya. Saya pasti anda semua tahu apakah fungsi fotopages Andaman Narr dan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda.. Saya yakin anda diluar sana yang menjalankan perniagaan dari segi perkhidmatan seperti saya atau menjual segala jenis produk secara online juga mempunyai laman web sendiri bahkan saya rasa lebih canggih dari apa yang saya ada sekarang.. Saya yakin jika anda mengiklankan perkhidmatan anda di web iklan percuma adalah lebih berkesan dan menguntungkan berbanding anda meletakkan perkataan 'tumpang lalu ye tuan rumah' di setiap comment box orang lain.
Kisah benar yang pernah berlaku pada saya setahun dulu. Ketika itu saya juga gemar & ghairah meletakkan iklan di setiap fotopages orang lain. Suatu hari saya ditegur oleh seorang owner fotopages dan menasihatkan saya mengiklankan perkhidmatan saya di laman web percuma. Saya tidak lagi meletakkan iklah saya di fotopages orang lain tetapi saya mengiklankannya di laman web percuma. Alhamdulilah, selepas itu perkhidmatan saya semakin mendapat perhatian dan sambutan..
Oleh itu, bermula hari ini, saya akan 'delete' setiap iklan yang dirasakan tidak sesuai dipamerkan di fotopages saya. Seribu maaf sekiranya iklan anda yang terpilih untuk di'delete'kan dari fotopages saya..
Rgrds
Andaman Narr
|
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
|
|
|
|